Cherita... bukan gosip ok!

Tuesday, June 29, 2010

PRODUK OMALY (Mas Cotek + Rosselle)

Mas cotek:
Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan.Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya,Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Khasiat Mas Cotek ini adalah :
-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

Manakala untuk buah rosselle pula pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran. Merah buah ini mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine. Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin, carotene, kalsium dan besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita. Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos. Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi 0177451431(azali) @ 0177984577(zariq).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...